Utama Kerjaya Tips Temu Duga : 6 Punca Gagal Dapat Kerja

Tips Temu Duga : 6 Punca Gagal Dapat Kerja

196
0

Tips Temu DugaMendapatkan jawatan atau pekerjaan menjadi idaman bagi mereka yang memasuki alam pekerjaan. Tips temu duga ini tentunya boleh membantu untuk memenuhi jawatan kosong yang dikehendaki.

Sepatutnya ketepikan ego dan bersikap kasar walaupun digalakkan berani mencari peluang dan bersikap lantang namun biarlah bertempat.

Tips temu duga oleh Pengarah Eksekutif ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang mengakui berdasarkan pengalamannya.

Generasi kini agak biadab, tidak sopan, manja, berkira, meminta-minta dan kurang rasa tanggungjawab.

“Saya sering menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, penganggur tapi daripada banyak permohonan, biasanya hanya dua, tiga sahaja yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh saya kategorikan sebagai ‘cakap sampah’ yang layak dibakul sampahkan.

“Walaupun tidak semua, tapi ramai generasi muda sekarang tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja.”

Lebih teruk kerana hanya berfikir melakukan kerja mereka tanpa mempedulikan aktiviti pejabat, objektif syarikat dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

“Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau tiada kerja pun masih boleh bergantung duduk dengan mak bapak.”

Lebih menyedihkan, persedian tidak mencukupi sepenuhnya terutamanya penyediaan resume dan tidak melambangkan sebagai lepasan universiti.

“Dari segi penulisan pula, ada yang agak memalukan dan tiada mukadimah atau permohonan selayaknya. Surat permohonan rasmi kebanyakan tidak mengikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang carca-marba.

“Ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak-budakan macam tulis surat kepada kawan, tidak serius malah resume pun ada yang satu muka surat, maklumat tidak lengkap, tiada gambar dan pelbagai lagi kelemahan, dalam erti kata lain, memohon sambil lewa.

“Ada yang dengan muka kurang sopan terus bertanya berapa gaji boleh bagi dan ‘demand’ melalui talian, WhatsApp atau email walaupun belum lagi ditemuduga!.”

Majoriti majikan mengutamakan sikap, berbanding akademik kerana ia mempengaruhi gaya individu itu bekerja.

“Zaman teknologi memungkinkan sebahagian pemegang ijazah memiliki sifat dinamik dan berkebolehan secara holistik. Boleh jadi juga ada pemegang ijazah yang hanya boleh berkata-kata apabila ada buku atau manual pekerja di tangan mereka.

“Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan kecerdasan minda, keupayaan memimpin, membuat keputusan, bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, membuat perancangan, tahap integriti yang tinggi dan komited.”

Tentang generasi muda sekarang terlalu lantang…

“Generasi muda sekarang kurang budi bahasa, nilai murni sama ada dari segi sikap pemikiran dan tanggungjawab serta pembangunan akhlak. Mungkin kerana perubahan teknologi, pembelajaran yang lebih kepada maya, maka interaksi sesama manusia semakin kurang perasaan, jiwa dan rasa hormat.” – Sinar Harian

Enam Punca Gagal Temu Duga Kerja

1. Penampilan kurang menarik

– Perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga terhadap calon adalah penampilan awal. Di sini ia memainkan peranan yang penting untuk menarik minat penemu duga.

2. Resume tidak menepati kehendak

– Calon gagal menyediakan resume yang mantap dan lengkap.

3. Tidak dapat meyakinkan penemu duga

– Calon gagal meyakinkan penemu duga mengenai kelebihan atau kebolehan dimiliki.

4. Tidak mampu berhujah dengan baik

– Calon tidak bijak berbicara dan melontarkan hujah terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh penemu duga

5. Tidak berpengetahuan dan menipu

– Calon memberi jawapan sesuka hati sedangkan lebih baik jika calon mengakui bahawa tidak tahu untuk memberi jawapan.

6. Komunikasi

– Cara berkomunikasi kurang berkesan iaitu tidak menggunakan bahasa yang lebih formal.

Antara tips temu duga yang dipetik dari Sinar Harian. Rujuk juga 4 Ciri Contoh Resume Terbaik, Lengkap dan Terkini