Utama Kerjaya Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2018

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2018

3211
0

Tarikh Pembayaran Bonus 2018Tarikh Pembayaran Bonus 2018. Melalui pembentangan Bajet 2018 pada 27/10/2017, kerajaan mengumumkan bayaran khas atau bonus untuk penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Bayaran khas untuk penjawat awam adalah sebanyak RM1500 dan bayaran akan dibuat dua kali iaitu bayaran pertama RM1000 serta kedua RM500.

Manakala bayaran khas untuk pesara pula sebanyak RM750 di mana bayaran pertama sebanyak RM500 dan bayaran kedua sebanyak RM250.

Tarikh bayaran hanya dinyatakan iaitu Januari dan menjelang sambutan hari raya Aidilfitri. Tarikh tepat akan dikemaskini setelah terdapat pengumuman rasmi.

Tarikh Pembayaran Bonus @ Bayaran Khas Pertama :08 Januari 2018
Tarikh Pembayaran Bonus @ Bayaran Khas Aidilfitri :07 Jun 2018

Turut menerima bayaran khas RM1,500 ialah ketua kampung, tok batin, imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak. Mereka juga akan menerima bayaran dua kali iaitu Januari dan menjelang sambutan hari raya Aidilfitri.