Utama Pendidikan Semak Tarikh Keputusan UPSR 2017

Semak Tarikh Keputusan UPSR 2017

488
0

Keputusan UPSR 2017Tarikh Keputusan UPSR 2017. Ketika panduan ini ditulis, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sedang berjalan iaitu bermula 11-18 September 2017. Selepas tarikh ini, pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan itu boleh menarik nafas lega.

Namun debaran akan terasa kerana menantikan result UPSR 2017 pula. Mungkin ada dalam kalangan pelajar dan ibu-bapa akan tertanya-tanya bila keputusan UPSR 2017 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kebiasaannya keputusan ujian UPSR akan diumumkan pada bulan November dan maklumat awal yang diperolehi ia akan diumumkan pada minggu ke-2 November 2017.

Tarikh rasmi semakan keputusan UPSR ialah 23 November 2017, Khamis.

Apabila keputusan dikeluarkan, pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan tersebut di sekolah masing-masing seawal jam 10.00 pagi. Setiap pelajar akan diberikan slip keputusan masing-masing.

Semak Keputusan UPSR 2017 Melalui SMS

Sekiranya pelajar dan ibu-bapa tidak berkesempatan ke sekolah untuk mendapatkan keputusan, khidmat SMS untuk menyemak keputusan UPSR juga disediakan.

Untuk membuat semakan SMS adalah seperti di bawah:

SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC001A115 hantar ke 15888

Harapnya setiap pelajar mendapat keputusan yang diharapkan.

Semakan Semula Keputusan UPSR

Bagi pelajar dan ibu-bapa yang sangsi atau tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi, semakan semula keputusan boleh dibuat namun dikenakan caj sebanyak RM50 untuk setiap kertas peperiksaan.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui pejabat sekolah, PPD dan JPN serta boleh dimuat turun melalui lamang sesawang >>> https://www.moe.gov.my/

Tarikh tutup permohonan semakan semula keputusan UPSR adalah 30 hari setelah tarikh rasmi keputusan diumumkan.