Utama Hartanah Miliki Rumah : Skim Rumah Pertamaku & Skim Perumahan Belia

Miliki Rumah : Skim Rumah Pertamaku & Skim Perumahan Belia

128
0

Skim Rumah PertamakuTerdapat dua jenis skim perumahan yang boleh anda pilih bagi membeli rumah idaman buat kali pertama. Antara skim yang ditawarkan adalah :

1) Skim Rumah Pertamaku
2) Skim Perumahan Belia

Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku ditubuhkan bagi menggalakkan golongan muda memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%. Skim ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

1) Berdasarkan pengumuman bajet pada tahun 2011, anda boleh membeli rumah pertama dengan pinjaman penuh 100%.

2) Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan skim ini kepada para pembeli.

3) Pembiayaan ditawarkan secara konvensional dan juga Islamik.

4) Permohonan individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun.

5) Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi  setiap pemohon).

6) Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah.

7) Nilai minimum rumah / hartanah adalah RM 100,000.00 dan nilai maksimum adalah RM 500,000.00.

8) Pembeli mestilah menghuni kediaman tersebut.

9) Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013.

10) Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran).

11)  Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.

12)  Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.

13)  Walaubagaimanapun, skim ini tidak meliputi kos guaman, duti setem dan juga kos nilaian. Anda harus menanggung kos ini sendiri.

Skim Perumahan Belia

1) Skim ini telah dilancarkan oleh Bank Simpanan Nasional pada tahun 2015 yang bertujuan membantu pasangan berumah tangga berumur antara 25 tahun hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan memiliki kediaman pertama.

2) Skim Perumahan Belia berbeza sedikit berbanding Skim Rumah Pertamaku. Untuk 2 tahun pertama, kerajaan akan memberi subsidi untuk bayaran bulanan pinjaman perumahan sebanyak RM200.

Contoh: Bayaran bulanan ialah RM700. Tuan puan hanya bayar RM500 untuk 2 tahun pertama.

3) Skim Perumahan Belia BSN ditawarkan kepada 20,000 pemohon pertama yang layak bagi membiayai pembelian hartanah yang sudah siap, di pertengahan pembinaan atau ‘sub sale’.

4) BSN menyediakan pinjaman perumahan daripada RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik selama 35 tahun atau usia 66 tahun yang mana dulu.

5) Kedua-dua pinjaman perumahan konvensional dan Islam disediakan di bawah skim tersebut dengan majin pembiayaan sehingga 100 peratus daripada harga belian.

6) Pemohon yang berjaya juga akan menerima pembiayaan tambahan sehingga lima peratus daripada harga belian untuk menampung kos Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA) atau Gadai Janji Mengurangkan Tempoh Takaful (MRTT).

7) Walaubagaimanapun, skim ini tidak meliputi kos guaman, duti setem dan juga kos nilaian. Anda harus menanggung kos ini sendiri.

Artikel Utama >>> Panduan Lengkap Miliki Rumah Idaman