Utama Kerjaya Bajet 2018 – Senarai Penambahbaikan Untuk Penjawat Awam

Bajet 2018 – Senarai Penambahbaikan Untuk Penjawat Awam

292
0

Penjawat AwamSelepas pembentangan Bajet 2018 pada 27/10/2017, berikut apa yang diperolehi dan penambahbaikan untuk golongan penjawat awam.

1. Menerima bayaran khas @ bonus 2018 RM1,500, pesara RM750.

2. Penurunan dua mata peratusan bagi unjuran pendapatan bercukai antara RM20,001 – RM70,000.
– RM20,001 – RM35,000 – 3 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.
– RM35,001 – RM50,000 – 8 peratus berbanding 10 peratus sebelum ini.
– RM50,001 – RM70,000 – 14 peratus berbanding 16 peratus sebelum ini.

* melibatkan semua pembayar cukai

3. Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

4. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

5. Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

6. Kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

7. 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

8. Tambahan satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

9. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun serta memenuhi syarat tertentu akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

10. Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang sejam lebih awal. Suami sebagai penjawat awam juga dibenarkan pulang lebih awal sejam.

11. Tambahan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

12. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.

13. Kadar pencen terendah dinaikan kepada RM1,000 dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

14. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Antara penambaikan bagi sektor perkhidmatan awam di negara ini.