Utama Automotif Semakan Tarikh Luput ‘Road Tax’, Insurans & Lesen Memandu Online

Semakan Tarikh Luput ‘Road Tax’, Insurans & Lesen Memandu Online

218
0

Road TaxSetiap pemilik kenderaan perlu memperbaharui ‘road tax‘ @ cukai jalan dan insurans setiap tahun. Ia merupakan satu kesalahan sekiranya pemilik kenderaan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan serta boleh disaman oleh pihak berkuasa. Selepas tindakan saman, pesalah yang masih berdegil perlu menghadirkan diri ke mahkamah untuk membayar saman kerana saman yang dikeluarkan tidak boleh dibayar menerusi kaunter JPJ.

Bagi mengelakkan saman dikeluarkan ke atas anda, sebaiknya pemilik kenderaan memperbaharui ‘road tax‘ serta insurans sebelum tamat tempoh. Kini, pemilik kenderaan boleh membuat semakan tarikh tamat cukai jalan dan insurans secara online sahaja.

Semakan Tarikh Cukai Jalan dan Insurans Online

1. Layari laman web http://www.jpj.gov.my/lkm-tamat-lesen
2. Pilih salah satu kategori ID berikut :

a) PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM)
b) ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)
c) ANGGOTA POLIS (POL)
d) ANGGOTA TENTERA (TEN)
e) SYARIKAT/PERTUBUHAN
f) BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA (LLN)

3. Masukkan nombor ID
4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan
5. Masukkan kod sekuriti
6. Klik butang Semak

Hasil Carian akan dipaparkan di skrin anda. Anda boleh melihat butiran seperti Nama, Nombor ID, Kategori ID, Nombor Plat Kenderaan, Tarikh Mula, Tarikh Tamat Dan Tarikh Tamat Insurans dipaparkan.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Online

Kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada pemandu yang memandu kenderaan dengan lesen yang sudah tamat tempoh tertakluk kepada Akta JPJ 1987 Seksyen 26(1).

Bagi mengelakkan anda dari dikenakan kompaun, sebaiknya anda membuat semakan bagi memastikan tarikh luput lesen memandu belum tamat tempoh. Semakan tarikh luput lesen memandu boleh dibuat secara online melalui portal rasmi JPJ.

1. Layari laman web http://www.jpj.gov.my/tarikh-luput-lesen-memandu
2. Pilih salah satu kategori ID berikut :

a) PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM)
b) ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)
c) ANGGOTA POLIS (POL)
d) ANGGOTA TENTERA (TEN)
e) SYARIKAT/PERTUBUHAN
f) BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA (LLN)

3. Masukkan nombor ID
4. Masukkan kod sekuriti
5. Klik butang Semak

Hasil Carian akan dipaparkan di skrin anda. Anda boleh melihat butiran seperti Nama, Nombor ID, Kategori ID, Jenis Lesen, Kelas Lesen, Kod Kegunaan, Tarikh Mula dan Tarikh Tamat lesen kenderaan anda.