Utama Hartanah Prosedur Beli Rumah Idaman

Prosedur Beli Rumah Idaman

110
0

Beli RumahPanduan prosedur beli rumah ini susulan artikel Panduan Lengkap Miliki Rumah Idaman 2018 sebelum ini.

1) Membuat Kajian Rumah Yang Ingin Dibeli

Anda seharusnya membuat kajian terlebih dahulu bagi rumah yang hendak dibeli. Beberapa perkara yang perlu anda kaji adalah seperti berikut :

  • Lokasi rumah dan persekitaran kawasan.
  • Kemudahan setempat seperti masjid, balai polis, sekolah dan hospital.
  • Nilai pasaran rumah di sekitar kawasan tersebut. Ini penting supaya pembeli tidak membayar harga yang lebih.
  • Akses jalan yang berdekatan.
  • Pulangan sewa rumah, anggaran pulangan pelaburan dan lain-lain untuk mereka yang beli sebagai pelaburan.

2) Inspection Rumah

Semasa anda ingin membuat inspection rumah Bersama agen hartanah yang dilantik, beberapa perkara perlu dititikberatkan :

  • Kedudukan rumah / hartanah: Anda perlu pastikan di mana lokasi rumah tersebut. Untuk pangsapuri contohnya, di tingkat berapa? Lihat kawasan persekitaran samada anda selesa ataupun tidak. Pastikan kawasan persekitaran selamat dan tidak berhampiran pencawang elektrik, loji kumbahan atau sebagainya.
  • Kejiranan:Pastikan anda selesa dengan kejiranan kawasan tersebut dan merasa selesa jika tinggal di lokasi itu.
  • Penyelenggaraan: Periksa samada rumah atau pangsapuri anda diselenggara dengan baik. Jika ada caj penyelenggaran, semak terlebih dahulu caj yang perlu dibayar.
  • Kondisi:Periksa samada rumah tersebut mempunyai kerosakan major ataupun tidak. Periksa dari segi keretakan rumah, kebocoran, saluran paip tersumbat, masalah pendawaian dan sebagainya.

3) Membuat Tawaran

  • Sebelum menandatangi surat tawaran, anda perlu meneliti terma-terma yang terdapat di dalam surat tawaran tersebut. Kegagalan pembeli untuk mengikut terma yang ditawarkan boleh menyebabkan booking fee anda menjadi hangus.
  • Anda perlu membuat bayaran sebanyak 3.17% sebagai booking fee kepada agen hartanah.
  • Agen hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah di mana wang tersebut akan diuruskan dengan selamat dan stabil.
  • Sekiranya anda membuat pembelian secara terus dengan pemilik, adalah disarankan anda melantik peguam dan membayar booking fee tersebut kepada peguam sebagai pemegang amanah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4) Mendapatkan Pinjaman & Khidmat Guaman

Apabila tawaran dipersetujui pemilik, anda perlu mendapatkan pinjaman perumahan jika pembelian dibuat melalui pembiayaan. Selain itu anda juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk menguruskan pindah milik hartanah dan pinjaman.

Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.

5) Tips Memilih Bank Untuk Memohon Pinjaman Perumahan

  • Anda boleh membuat pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku di mana bukan sahaja BSN yang menawarkan skim tersebut namun ia juga boleh dibuat di kebanyakan bank di Malaysia.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai komitmen yang tinggi, anda boleh memohon pinjaman di Maybank dan CIMB. Kedua-dua bank ini memproses permohonan anda dalam masa yang singkat dan anda boleh mengetahui status permohonan dalam masa 5 hari sahaja sekiranya dokumen lengkap.
  • RHB sesuai jika anda perlukan bank yang mempunyai Debt Service Ratio yang sedikit tinggi. Kelulusan juga agak pantas.
  • Untuk pembelian pangsapuri berumur lebih 10 tahun tetapi masih tiada geran strata, anda disarankan membuat pinjaman di BSN dan Ambank5) Disarankan anda menghantar permohonan ke 2 buah bank berlainan.
  • Setelah permohonan pinjaman anda lulus, sila beritahu peguam anda untuk membuat draf perjanjian jual beli. Anda perlu menandatangani letter of offer daripada bank.
  • Pastikan anda menyemak setiap butiran pinjaman yang diluluskan sebelum tandatangan persetujuan. Ini bagi mengelakkan daripada anda menerima tawaran pinjaman yang lebih rendah daripada yang dipohon.

6) Tips Memilih Peguam

Pilih peguam yang berpengalaman dalam urusan hartanah

Minta saranan daripada agen hartanah ataupun rakan sekeliling kerana sesetengah peguam tiada pengalaman dalam urusan hartanah mungkin agak menyukarkan proses jual beli rumah.

Pilih peguam yang reputable

Datang sendiri ke pejabat peguam untuk bertemu dan berbincang tentang urusan jual beli rumah. Ini bagi mengelakkan anda memilih freelance peguam sebagai peguam yang menguruskan urusan jual beli rumah anda kerana ia akan mengambil masa yang agak lama.

Pilih peguam yang berdekatan dengan rumah

Pilih peguam yang berhampiran lokasi rumah yang dipilih bagi memudahkan segala urusan jual beli. Minta sebutharga terlebih dahulu daripada mereka agar dapat bersedia dengan kos yang akan dikenakan keatas anda.

7) Menandatangai Perjanjian Jual Beli Rumah

  • Kebiasaannya selepas surat tawaran dipersetujui, selepas 14 – 21 hari bekerja, pemilik dan pemilik akan menandatangani perjanjian jual beli atau ‘Sales and Purchase Agreement’.
  • Dapatkan perincian butiran tentang perjanjian jual beli sebelum tandatangan daripada peguam yang dilantik.
  • Pada masa ini juga, anda juga perlu membuat bayaran baki 6.82% kepada peguam. Wang booking fee18% ditambah dengan baki 6.82% ini menjadi deposit 10% untuk rumah yang dibeli.

Kebanyakan peguam akan minta tuan puan jelaskan bayaran penuh fi peguam pada masa ini bagi perjanjian jual beli.

8) Urusan Pindah Milik

  • Proses ini diurus dengan bantuan peguam dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari bekerja. Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh anda atau bank dalam tempoh ini.
  • Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal tempoh 90 hari ini bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Kami berharap artikel ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi anda yang bakal memiliki rumah suatu hari nanti. Panduan ini diharap dapat digunakan sebagai satu rujukan bagi memudahkan anda membuat pembelian terutama sekali pembelian rumah kali pertama.