Utama Pendidikan Permohonan SBP Tingkatan Empat 2018 Secara Online

[Kini Dibuka] Permohonan SBP Tingkatan Empat 2018 Secara Online

99
0

Permohonan SBP 2018Permohonan SBP Tingkatan Empat 2018. Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat SBP-Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2018, permohonan kini telah dibuka.

Permohonan ke SBP secara online boleh dibuat mulai 13 November 2017 hingga 24 Disember 2017.

Pelajar atau ibu bapa boleh melayari laman web KPM di https://sst4.moe.gov.my untuk membuat permohonan serta mendapatkan keterangan lanjut.

Berikut secara ringkas tentang syarat pemilihan.

– Murid mestilah warganegara Malaysia.
– Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
– Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya;
– Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
– Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
– Murid aktif dalam kokurikulum

Pakej aliran mata pelajaran bagi Tingkatan 4 SBP 2018 adalah mata pelajaran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial

Semakan SBP juga boleh dibuat melalui laman web yang sama. Semoga berjaya ke SBP!