Utama Destinasi Pakej Umrah : Semak Senarai Pemegang Lesen Khas Umrah 2018

Pakej Umrah : Semak Senarai Pemegang Lesen Khas Umrah 2018

312
0

Pakej UmrahSetiap pengendali atau agensi pelancongan wajib mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) bagi membenarkan mereka untuk menjual dan mengendalikan pakej Umrah dan Ziarah.

LKU telah berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2018 setelah dibuka permohonannya sejak 20 September 2017. Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember 2017.

Setiap agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah perlu memohon lesen berkenaan. Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) akan mempertimbangkan kelulusannya.

Senarai Agensi Travel & Tours Pemegang LKU

Pada peringkat pertama, 25 syarikat dan agensi pelancongan telah diberikan LKU seperti di bawah.

1. GEMILANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
3. LINTAS TRAVEL SERVICE (M) SDN BHD
4. RAYHAR TRAVELS SDN BHD
5. FALCON TRAVEL & TOURS SDN BHD
6. JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
7. SUKA JAYA TRAVEL & TOURS SDN BHD
8. ADDEEN TRAVEL & TOURS SDN BHD
9. YHA TRAVEL & TOURS
10. AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD
11. TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
12. POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
13. SILA TOUR & TRAVEL SDN BHD
14. DINAR HOLIDAYS SDN BHD
15. HIDAYATUL TRAVEL & TOURS SDN BHD
16. DELIVER TRAVEL & TOURS SDN BHD
17. AR-RAUDHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
18. REY-Z TRAVEL SERVICES SDN BHD
19. JASA MABRUR TRAVEL & TOURS SDN BHD
20. BK TRAVEL SDN BHD
21. PERSADA OASIS TRAVEL & TOURS SDN BHD
22. MAAD TRAVEL (M) SDN BHD
23. TRIPFEZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
24. HRM TRAVEL & TOURS SDN BHD
25. MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS S/B

Syarikat yang diberi kelulusan LKU mempunyai had tempoh tertentu dan perlu memperbaharui lesen mereka.

Syarikat dan agensi pelancongan lain yang tidak dinyatakan mungkin sedang melalui proses untuk mendapat kelulusan dari pihak kementerian.

Sebelum memilih pakej umrah, sila semak LKU syarikat berkaitan. LKU adalah inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di bawah MOTAC bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan berkaitan pakej umrah yang semakin berleluasa.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web www.motac.gov.my