Utama Agama Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir Serta Doa

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir Serta Doa

113
0

Cara Solat WitirPanduan mudah cara solat Witir. Solat sunat Witir (ganjil) adalah sunat Muakkad yang boleh dilakukan secara perseorangan atau berjemaah. Ia dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat 1 salam atau sebanyak 11 rakaat dengan 7 salam.

Waktu solat sunat ini adalah selepas solat Isyak ataupun selepas solat sunat lain (dilakukan akhir sekali). Di dalam bulan Ramadhan biasanya ia dilakukan selepas solat Tarawih.

Fadhilat dan Kelebihan

Antara kelebihan dan fadhilat solat sunat witir ialah kesungguhan melakukan amalan ini akan disaksikan oleh para Malaikat. Solat sunat ini juga lebih afdal berbanding solat sunat rawatib yang lain.

Cara Solat Witir

Lafaz dan Niat Solat Witir

Solat 2 rakaat
Cara Solat WitirMaksudnya :”Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat 1 rakaat
Cara Solat WitirMaksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Witir

i.  Rakaat 1: Bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-A’la
ii.  Rakaat 2: Bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
iii. Rakaat 3: Bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas
iv. Bacaan Tahiyat dan salam

Selepas bacaan salam bacalah zikir berikut :
Cara Solat Witira) Ya Latifu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Shafii (2 kali)
b) Ya Latifu Ya Wafii Ya Karimu Antallah (1 kali)
c) Lailahaillallah (10 kali)

Doa Solat Witir

Kemudian, baca doa witir berikut :

Cara Solat Witir“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan Engkau, dari kemurkaan Engkau dan dengan kemaafan Engkau, dari seksaan Engkau dan aku berlindung dengan Engkau daripada Engkau. Tidak dapat aku hinggakan pujian dan sanjungan atas diri Engkau, sebagaimana sanjungan Engkau atas diri Engkau.”

Peringatan

Selepas mengerjakan solat Witir pada malamnya, solat sunat lain masih boleh dilakukan tetapi hendaklah tidak mengulangi solat Witir lagi. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada dua Witir pada satu malam”.

Panduan di atas berdasarkan kepada Panduan Qiamullail terbitan JAKIM serta beberapa rujukan lain.