Utama Agama Cara Solat Sunat Istikharah Serta Doa

Cara Solat Sunat Istikharah Serta Doa

127
0

Solat IstikharahSolat Istikharah dilakukan bagi memohon petunjuk dari Allah SWT agar dapat membuat satu keputusan yang terbaik. Kebiasaannya solat ini dilakukan apabila berlaku ketidakpastian untuk melaksanakan sesuatu. Dengan melakukan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan petunjuk yang terbaik buat hamba-Nya.

Panduan dan cara mengerjakan solat sunat ini boleh anda ikuti di sini. Sama-samalah kita mengerjakan solat sunat Istikharah sebelum membuat satu pilihan agar disukai oleh-Nya.

Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat.

Cara Solat Istikharah

Lafaz dan Niat Solat Istikharah

Solat Istikharah“Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”

  1. Rakaat pertama: Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
  2. Rakaat kedua : Baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

Selepas salam, baca doa Solat Sunat Istikharah.

Doa Solat Istikharah

Solat IstikharahYa Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini …(nyatakan persoalan anda itu di sini).. baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudia berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini…(Nyatakan persoalan anda itu di sini)..tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu.

Pilihan keputusan mengikut gerak hati yang paling cenderung setelah berdoa dan yakinlah itu adalah pilihan terbaik dari Allah Yang Maha Kuasa. Keyakinan kepada Allah adalah yang paling utama, jangan diragui setelah keputusan dibuat kerana setiap yang berlaku mengandungi hikmah yang kita sendiri tidak mampu jangka dan tetaplah husnuzon kepada Allah.

Tatacara Solat Sunat Istikharah serta doa ini dipetik daripada Panduan Mengerjakan Solat Sunat Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Semoga kita ambil manfaat darinya. Semoga Allah SWT merahmati serta mengampun kita semua.