Utama Agama Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa

Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa

122
0

Cara Solat HajatCara Solat Hajat. Sebagai seorang hamba, seringkali kita dihimpit dengan pelbagai keinginan dan kemahuan. Kadang-kadang kemahuan itu sukar dicapai biarpun pelbagai usaha telah dilakukan. Di samping usaha tidak salah jika kita terus meminta dan berdoa kepada Allah SWT agar dapat memakbulkan permintaan yang diinginkan.

Sebagai seorang muslim, pilihannya ialah dengan mengerjakan solat Sunat Hajat bagi memohon hajat lebih-lebih lagi ketika dalam kesusahan atau kebuntuan. Memohon pertolongan Allah adalah sebaik-baik jalan setelah disertai usaha gigih serta bertawakallah kepada-Nya.

Solat Sunat Hajat boleh didirikan secara bersendirian ataupun secara berjamaah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, pilihan waktu yang terbaik bagi mendirikan solat sunat ini adalah pada 1/3 malam kerana suasana yang sunyi tentunya lebih berkesan dan khusyuk.

Solat ini tidak ditentukan rakaatnya namun boleh dilakukan minima 2 rakaat 1 salam dan boleh dilakukan sehingga 12 rakaat mengikut kemampuan.

Cara Solat Hajat

Lafaz & niat Solat Hajat:

Niat Solat Hajat“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

“Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.”

Bacaan Solat Hajat

Rakaat 1: Bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian bacalah Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (1 kali atau 10 kali).

Bacaan Solat HajatRakaat 2: Bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian bacalah Surah Al-Ikhlas (1 kali atau 10 kali).

Bacaan Solat Hajat

Doa Solat Hajat

Apabila selesai solat, bacalah doa solat hajat berikut:

Doa Solat HajatDi antara pertengahan doa ini pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut. Setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:

Doa Solat HajatAllah itu Maha Mengetahui. Sesungguhnya pohonlah kepada Allah dengan sebaik-baiknya dan sepenuh hati. Berusaha dan bertawakal hanya kepada Allah. Setiap hajat yang diinginkan, insyaAllah akan ditunaikan olehNya dan jangan berhenti berdoa.

Inilah cara solat hajat, semoga bermanafaat dan solat ini adalah sebahagian dari amalan Qiamullail yang dituntut melakukannya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Panduan solat sunat Hajat ini adalah berdasarkan Panduan Qiamullail terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)